Tahniah kepada ibu-ibu yang baru mendapat bayi. Sememangnya kecomelan bayi membuatkan setiap insan yang memandangnya terasa sayang, kasih dan gembira. Istimewanya ibu bersalin ini sangatlah banyak. Satu daripadanya ialah ibu yang baru bersalin akan diberi rehat sekurang-kurangnya 40 hari selepas bersalin. (Apa kerja pun tak dibenar buat). Tidak cukup dengan itu, di bawah Akta pekerjaan dinyatakan hak wanita bersalin untuk diberi cuti bersalin selama 60 hari berserta elaun bersalin. Wanita yang bekerja kerajaan lagi hebat, kerana paling lama dapat cuti bersalin, iaitu 90 hari.
Hebatnya wanita bersalin sehingga diiktiraf sedunia akan haknya. "Apa sangatlah yang ada pada lelaki". Semestinya hak cuti bersalin itu perlu dimanfaatkan juga ke atas bayi comel yang baru lahir. Bayi adalah amanah Allah. Menjadi penyeri dan juga ujian alam rumahtangga. Syukur dengan cuti bersalin kerana ada masa yang cukup untuk membina ikatan kasih sayang dengan bayi. Dan yang paling utama, bila ada masa terluang, elok juga digunakan untuk belajar serba sedikit tentang pendidikan awal kanak-kanak 0-6 bulan.
Sebagai langkah pertama, para ibu perlu tahu tahap perkembangan standard kanak-kanak berumur 0-6 bulan. Dari situ ibu boleh kenal dan memerhati perkembangan awal anaknya.
Langkah kedua pula ibu perlu tahu Amalan Asuhan awal yang boleh diberikan kepada anak untuk merangsang perkembangannya. Kajian membuktikan bahawa kanak-kanak yang berkembang mengikut tahap perkembangan yang sepatutnya akan mempunyai potensi yang lebih apabila besar kelak.
Insyaallah kami akan kongsikan jadual tahap perkembangan dan senarai amalan asuhan pada post akan datang.
Saturday, April 5, 2014
Friday, April 4, 2014
BARU DAPAT ANAK, APA NAK BUAT?
Apa nak buat ni...panik..sekejap bila tahu dah dapat anak. Terlalu 'bz' sibuk sangat bekerja sampai kelahiran anak diterima dengan penuh kejutan. (Sindiran untuk para lelaki lah ni.). Yang perempuan pun kadang-kadang ada juga yang tak bersedia dengan kelahiran anak. Katanya "tak rancang pun" atau "ter....". (sindiran untuk perempuan yang bz sama). Itulah situasi yang tak terfikir akan berlaku pada kita. Tetapi bila waktu itu tiba, sendiri pun tak perasan yang perasaan terkejut itu berlaku juga. Lebih lebih lagi kisah anak pertama.
Untuk yang masih rasa terkejut dengan kelahiran bayi pertama anda, kami sarankan anda lihat dulu video kelahiran bayi, bagi menenagkan sedikit perasaan itu.
Itu sahaja dulu mukadimah untuk modul caliph junior pada hari ini. Insyaallah akan bersambung..
Untuk yang masih rasa terkejut dengan kelahiran bayi pertama anda, kami sarankan anda lihat dulu video kelahiran bayi, bagi menenagkan sedikit perasaan itu.
Itu sahaja dulu mukadimah untuk modul caliph junior pada hari ini. Insyaallah akan bersambung..
Subscribe to:
Posts (Atom)