Tuesday, December 15, 2015

KANAK-KANAK MENGAMUK..!

          Pernah berlaku tak pada anak-anak anda. Atau pernah nampak tak kanak-kanak mengamuk, berbaring di lantai, berteriak teriak, menendang benda benda yang ada disekitar. Apa emosi anda ketika itu? Simpati pada kanak-kanak atau simpati pada ibu-bapanya. Marah pada kanak-kanak kerana tak beradab atau marah pada ibu bapanya yang mungkin tak bersikap toleransi. Walau apa pun kisah disebaliknya apabila keadaan ini terjadi kita perlu menanganinya secara berhemah. Untuk itu kita perlu mengetahui serba sedikit tentang kelakuan kanak-kanak seperti ini. Istilah yang diberikan untuk kelakuan kanak-kanak ini ialah "Tantrum". Ia adalah sifat semula jadi yang boleh ada pada kanak-kanak berumur antara 15 bulan hingga 4 tahun. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tantarum, search je kat google. Di sini ada beberapa tips yang nak dikongsikan untuk menangani kanak-kanak tantrum.



Friday, January 9, 2015

PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI & LITERASI AWAL KANAK-KANAK


Bilakah kanak-kanak mula berkomunikasi dengan kita?
Hari pertama kanak-kanak memasuki alam dunia ini bermulalah komunikasi pertamanya dengan menangis. Tangisan pertama bayi memberi tahu kita yang dia telah selamat dilahirkan. Tangisan pertama bayi juga memberi tahu si ibu yang dia ingin disusukan. Kanak-kanak belajar berkomunikasi dengan melihat dan mendengar daripada persekitaran mereka. Penting untuk mereka didedahkan dengan berbagai jenis bunyi dan cara berkomunikasi yang baik kerana segala apa yang mereka terima akan diserap dan diterjemahkan kembali dalam tingkah laku mereka seharian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkembangan komunikasi kanak-kanak sila KLIK DI SINI.