Gambar hiasan
Bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan yang rapi kerana tubuhnya sangat sensitif dan sedang menyesuaikan diri dengan alam yang baru. Namun begitu bayi yang baru lahir ini telah dibekalkan oleh Allah dengan beberapa set tingkah laku spontan untuk berkomunikasi dengan persekitarannya.
Ibu bapa perlu mengenal dan memahami tingkah laku spontan tersebut supaya mudah menguruskan bayi mereka. Tingkah laku spontan dan beberapa tingkah laku lain yang akan wujud selari dengan perkembangannya merupakan tanda aras untuk mengetahui sama ada bayi adalah normal atau memerlukan pemerhatian yang lebih khusus.
Pakar kanak-kanak telah menyenaraikan tahap perkembangan untuk memudahkan ibu bapa memerhati bayi mereka. Dapatkan senarai semak perkembangan kanak-kanak 0-3 bulan di sini.(KLIK)